Dalam diam ku mencintaimu...
1
Namaku Fatieya Aleesya, aku seorang akauntan Syarikat Arinia Berhad ... Semenjak aku darjah enam aku telah kehilangan orang yang aku cintai iaitu ayahku sendiri. Terasa bagai kekosongan dalam hidup aku setelah kehilangan orang yang tersayang. Apa yang boleh aku lakukan ialah mendoakan kebahagiaan ayah aku di akhirat sana. Okehlah, tak mahu bersedih lagi.. kini kehidupan aku bermula sebagai insan yang menginginkan kehidupan yang bahagia...
Sejak darjah Enam aku terperasan sesuatu perkara yang mungkin kamu boleh cakap yang aku ini syok sendiri tapi aku bukannya syok sendiri. Perkara ini sudah 4 tahun aku mengkajinya... begini ceritanya, masa aku baru mendaftar ke sekolah ke sekolah baru, aku ada berjumpa dengan teman-teman yang baru. Antaranya, Syalwani, Hazira, Dalila dan lain-lain. Semenjak aku sekolah disitu, aku ada rapat juga dengan seorang budak lelaki ini, namanya Zaki. Rupanya kacaklah juga (budak-budak, mana nak tahu apa-apa..), suka buat aku tersenyum sendiri. Sampai tingkatan 1 kami berteman dah akhirnya berpisah kerana berlainan kelas. Semasa aku bersekolah, ada seorang kawan aku, namanya Farah, menegur aku, katanya...
“Leesya, kenapa Jehan asyik tengok kau saja, siap renung tak lepas-lepas?”.
“Mana ada, dia itukan rabun, jadi dia nak mengenalpasti siapa aku...”jawab aku dengan nada selamba.
“Kau ni, kalau aku cakap ada saja kau nak memutarbelitkan?”kata Farah sambil sempat mencubit lengan aku.
“Sakitlah!”adu aku.
“Padan muka kau.. hahaha...”ketawa Farah lalu meninggalkan aku.
Setelah melihat Farah meninggalkan aku, aku pun cuba mengintai Si Jehan.
‘mana ada Jehan tengok aku? Ada-ada sajalah si Farah ni, nanti kau!’ bisikku di dalam hati.
***
“Kringgggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”terkejut aku mendengar suara seseorang.
“Kau ni, datang bagilah salam dulu, main sergah aku je!”marah aku kepada Ally. Ally Elyana juga rakan sekolah aku dulu. Dialah antara yang terapat denganku.
“Dah berjuta-juta kali aku ketuk pintu bilik kau, tak nyaut pun itu yang aku masuk. Kau tak ada kerja ke? Sempat berangan pula tu...”usik Ally.
“Mana ada berangan, kau datang jumpa aku ini kenapa?”tanya aku kepada Ally yang terus bertanyakan tujuannya.
“Ini, invois yang Puan Lim suruh kau siapkan lepas itu hantarkan dekat pembekal.”terang Ally.
“Itu je?”tanya aku.
“Lagi satu, ini borang pertandingan menyanyi antara suara-suara sumbang... hahaha” kata Ally sambil menyerahkan kertas A4 putih yang kosong.
“Kau ni memang tak sayang mulut ke? Nanti aku cilikan baru tau!”marahku.
“Janganlah marah, Tieya, nanti muka kau yang macam Snow White tu buruk..”pujuk Ally.
“Nasib baik kau sempat puji aku, kalau tak, makan tengah hari ni kau belanja...”kata aku.
“Habis tu, makan tengah hari ni kau yang belanjalah?”tanya Ally dengan muka selamba.
“Belanja.. tapi pakai duit kau... Dah, masuk kerja, nanti bos tengok baru macam lipas kudung lari dari bilik aku.” Kata aku sambil menekan keyboard komputer.
“Ni hah, sebelum aku terlupa, Encik Rahim nak jumpa dengan kau besok, katanya ada hal yang nak dibincangkan..”ujar Ally lagi.
“Punya banyak informasi kau tahu, macam mana kau tahu ni?”tanya aku. Mana taknya, kalau yang berkaitan dengan hal kewangan syarikat aku dengan Leez saja tahu. Tiba-tiba, si Ally ni boleh tahu macam-macam. Peliknya!
“Sebenarnya, tadi aku nak turun ke bawah, alang-alang aku nak jumpa kau, Encik Rahim dengan Puan Lim pun suruh aku beritahu kau apa yang patut aku beritahu....”jelas Ally.
“Kau nak jumpa dengan aku apahal?”seloroh aku.
“Kau ni macam tak suka aje aku datang kat ofis kau!”marah Ally.
“Bukan tak sukalah wahai Cik Ally, patik mahu bertanya, apa gerangan tuan hamba datang kemari?”tanya aku sambil berkias-kias bahasa.
“Aku nak ingatkan kau, pasal majlis makan malam ini dekat rumah Intan... Najehan pun ada sekali tau...”suara Ally menyapa cuping telinga aku.
“Kau ni, dari aku kecil sampai aku besar, kau dengan Farah, dah tak ada kerja lain selain mengaitkan nama aku dengan budak tu..” marah aku.
“Marah nampak? Ni maknanya kau suka dekat dia lagi...”kata Ally sambil menarik kerusi untuk duduk dihadapan aku.
“Mana taknya aku tak marah, Si Jehan tu yang buat aku suka dekat dia tapi sekarang tak lagilah sebab aku pun mana pernah jumpa dia.. Entah, petak ke, segi tiga ke, bulat ke rupa dia aku pun tak tahu... Habis tu kau jadi pergi tak malam ni”kata-kataku terganggu dengan ketukan di meja semasa aku menunduk mengambil barang.
“Apa yang segi tiga dengan petak tu Cik Aleesya?”tanya seorang lelaki yang membuat tekak ku perih.
“Tak ada apa-apalah Tuan Arish...”jawab aku sambil cuba tersenyum.
“Awak ni Ally, buat apa kat sini? pergi ke tempat awak sekarang...”tegur Tuan Arish.
“Baik tuan..”akur Ally sambil bangkit meninggalkan kerusi yang diduduki nya tadi. Aku menjelirkan lidah kepada Ally.
“Saya tarik nanti hidung awak, baru awak tahu, macam budak-budak...”tegur Tuan Arish. Sungguh kacak lelaki yang berdiri dihadapan aku ini. Boleh pula bergurau senda dengan aku. Nanti aku pengsan siapa nak tolong?
“Cik Aleesya?”tegur Tuan Arish.
“Ya , saya..” jawab aku sambil mahu menutup muka yang kemerah-merahan setelah Tuan Arish tahu yang aku ini sedang berangan!
“Awak ni, saya cakap, awak berangan... Berangan dekat saya ke?”tanya Tuan Arish sambil tersenyum.
“Tuan Arish ni, ada ke situ pula, Tuan Arish ada apa jumpa saya?”
“Muka dah merah, mesti betul cakap sayakan?”
‘Alamak! Dia tahu ke?’ getus hati aku.
“Mana ada!”jawab aku dengan pantas.
“Kalau betul pun tak apa...”kata Tuan Arish sambil menongkat dagunya.
“Sebenarnya saya nak laporan kewangan tentang projek dekat Indah Pura.”sambung Tuan Arish setelah melihat aku terkaku dek kata-katanya.
“Baiklah Tuan Arish, tapi Tuan Arish nak bila?”tanya aku.
“Kalau boleh secepat yang mungkin, esok sebelum saya sampai kalau fail itu ada di meja saya boleh?”tanya Tuan Arish sambil membuat renungan yang memukau.
“Cik Fatieya Aleesya?!”tegur Tuan Arish lagi.
“Awak ni kalau sehari tak termenung tak boleh ke? Nanti bankrup syarikat papa saya sebab awak leka..”marah Tuan Arish setelah melihat aku kaku.
“Maaf Tuan, saya akan letakkan fail itu di atas meja Tuan sebelum Tuan sampai.”jawabku dengan nada yang terketar-ketar.
“Fail apa yang saya nak besok pagi?”tanya Tuan Arish lagi.
“Fail kewangan tentang projek dekat Indah Pura, tuan.”jawabku yang seakan-akan pegawai polis yang melaporkan diri.
“Bagus! Ingatkan awak mengelamun lagi, teruskan kerja jangan asyik berangan nanti satu kerja pun tak siap.”tegur Tuan Arish kepada aku.
“Baik Tuan.”jawabku.
Tuan Arish keluar dari ruang kerjaku dengan keadaan yang tegang akibat sikapku yang suka berangan tak kena tempat. Mengapalah sikap seperti ini harus ada pada aku. Asyik berangan saja, tapi nasib baik, berangan-berangan aku pun masih boleh berjaya. Mama asyik tegur sikapku yang suka mengelamun sejak akhir-akhir ini. Entahlah...
Tangan dan jari jemariku lincah menekan keyboard untuk menyiapkan fail kewangan yang dikehendaki oleh Tuan Arish. Tiba-tiba satu ketukan di pintu pejabatku kedengaran.
“Masuk!”ujarku dari dalam.
“Eh, Tieya kenapa dengan bos kita tu, asyik nak marah kau saja..”tegur Ally.
“Kalau datang sini nak perdengarkan cerita aku dekat kau, aku rasa kau lupakanlah sebab nanti aku pulak yang kena marah lagi.”kata aku selepas takut melihat peristiwa tadi.
“Tadikan aku nak serahkan fail invois yang Puan Lim pesan tu.”terangnya lagi.
“Dah cepat keluar nanti tak semena-menanya aku kena marah lagi.”tegurku.
“Oklah, itu je...”
Selepas melihat Ally keluar daripada bilikku, aku menyambung kembali tugasku seperti biasa. Banyaknya kerja! Sampai tak menang jari nak menaip satu dokumen. Nasib baik bukan syarikat aku kalau tak! Eh... Kejap-kejap... Kalau syarikat aku, buat apa aku nak buat dokumen ini semua mestilah akauntan aku yang buatkan... Apalah Cik Fatieya Aleesya ni!
“Ah!.. Leganya bila kerja selesai!”keluhku panjang. Mana tidaknya! Dari habis waktu rehat tengah hari tadi sampai pukul empat.. Ada saja kerja yang hendak dibuat. Kena pulak tu... Tuan aku yang kacak lagi molek tu nak fail dia besok.. tak menang tangan aku...
“Senyum sendiri nampak! Sudah habis kerja ke?”tegur Tuan Arish yang tiba-tiba muncul disebalik pintu pejabatku.
“Eh... Tuan... Tuan nak apa-apa lagi? Fail tanah Pak Seman?”tanyaku dengan nada bergurau. Disambut pula dengan riang ketawa Tuan Arish. Kacaknya dia! Ah! Jangan mudah terpengaruh dengan paras rupa Tieya!
“Awak ni! Ke situ pula!”katanya dengan sisa tawa yang masih bersisa.
“Habis tu... Tuan datang jumpa saya.. Tuan nak saya sediakan cek berapa juta?”tanyaku lagi yang membuatkan ketawanya terbarai disitu juga.
“Aleesya.. Aleesya.. Awak ni... Kalau sehari tak buat saya ketawa.. tak sah...”Tuan Arish ketawa lagi.
“Tuan.. jangan ketawa banyak sangat tau... Tak baik.. Mak saya kata kalau ketawa banyak-banyak nanti hilang gigi...”nasihatku. Memang itu yang mama pesan kepadaku dulu sewaktu aku kecil-kecil.
“Kenapa pulak nak hilang gigi?”tanya Tuan Arish.
“Sebab kalau kita ketawa mesti gigi terkeluar, lepas tu nanti gigi masuk angin and then mulalah tanggal dan jatuh ke bawah....”kataku lalu ketawa. Tuan Arish... Hem.. Tak payah nak cakap... Dia dah gila dengan ketawa dia...
“Awak... Merepek sangat nasihat tu.... Mesti dulu-dulu awak percayakan? And then sekarang saya dapat imagine kan yang awak ketawa kuat-kuat tapi tutup mulut macam ni... hahahaha!”kata Tuan Arish sambil membuat memek mukanya yang langsung membuatkan aku ikut tertawa.
“Apa yang funny sangat ni papa dengar dari jauh?”tanya Datuk Rizqin.
“Tak adalah papa... Cik akauntan kita ni sekarang dah tukar kerja jadi pelawak pulak...”jawab Tuan Arish.
“Tak adalah Datuk... Tuan Arish ni saja aja nak mengusik saya.. Datuk ada apa-apa saya boleh bantu?”tanyaku yang mengendahkan senyuman Tuan Arish yang menggoda itu!
“Saya suruh Arish panggil awak.. Tapi tak tahulah pula.. Dia pulak yang tersangkut dekat sini...”kata Datuk Rizqin lalu menjeling kepada anaknya itu.
“Alah.. I’m sorry... Sibuk ketawa lupa pula pesan papa... Aleesya papa nak jumpa awak...”kata Tuan Arish.
“Tak usahlah nak pesan dekat Aleesya lagi.. Papa dah sampai sini pun.. Leesya.. Papa.. Eh.. Saya nak bincang satu hal dengan awak sekejap...”kata-kata Datuk Rizqin sedikit sebanyak membuatkan senyumanku dan tawa Tuan Arish mati begitu sahaja.
“Papa silap cakaplah...”Datuk Rizqin memperbetulkan kata-katanya.
“Nasib baik papa betulkan... Kalau tak Arish menikah dengan Leesya malam ni juga...”usik Tuan Arish.
“Kamu ni.. Gatal!”marah manja Datuk Rizqin kepada anaknya.
“Datuk jumpa saya kenapa?”tanyaku yang sengaja mengalihkan tajuk perbualan.
“Alang-alang saya dah ada di sini, Rish pun ada saya rasa kita bincang di sini sahajalah...”jawab Datuk Rizqin Sambil menarik kerusi di hadapanku.
“Ada apa Datuk? Macam penting aje?”tanyaku yang tidak sabar-sabar.
“Fatieya.. Saya dah anggap awak macam keluarga saya sendiri. Saya sudah meletakkan kepercayaan saya pada awak untuk menguruskan kewangan syarikat. Sepanjang empat tahun penglibatan awak dalam syarikat saya ini, saya lihat prestasi kerja awak sungguh membanggakan...”belum sempat Datuk menghabiskan ayatnya, Tuan Arish sudah menyibuk..
“Papa ni.. Ada pula anggap Aleesya sebagai keluarga kita?”marah Tuan Arish tiba-tiba. Aku dan Datuk Rizqin terkejut akan kenyataannya itu.
“Apa kamu ni Rish? Semalam kamu kata lain, hari ini kamu kata lain? Papa percayakan Fatieya macam keluarga kita...”tegur Datuk Rizqin.
“Rish tak mahu papa anggap dia macam keluarga kita.. Dia tak layak...”ujar Tuan Arish.
“Kita ini satu syarikat dan satu syarikat sudah papa anggap macam keluarga papa yang kedua. Kamu nak papa anggap Fatieya macam apa?”tanya Datuk Rizqin. Aku hanya duduk termanggu di situ seperti manusia yang tidak bernyawa. Sungguh aku tidak percaya Tuan Arish sanggup kata begitu di hadapanku!
“Menantu?”jawab Tuan Arish dengan perlahan. Serta mertanya wajahku merona merah.
“Menantu?”tanya Datuk Rizqin dengan nada terkejut.
“Iyelah.. Rish dengan Aleesyakan ada chemistry... Tak adalah pa... Rish gurau je.. Sorry for disturbing the important moment.. hehehe.. peace!”jawab Tuan Arish dengan menunjukkan dua jarinya.
“Kamu ni Rish! Lagi sekali kamu ganggu papa tengah cakap dengan ‘menantu’ papa ni.. Kamu akan papa kuarantin kan lima minit...”usik Datuk kepada anaknya. Menantu! Nanti aku pula yang jadi hantu.
“Boleh saya sambung Fatieya?”tanya Datuk.
“Boleh Datuk...”jawabku.
“Begini... Seperti yang awak ketahui... Saya ada beberapa cawangan di dalam negara. Sekarang ini cawangan saya di Pulau Pinang sedang menghadapi krisis kewangan kerana pecah amanah tapi keadaan kembali baik semula setelah orang yang pecah amanah tu dah kena tangkap. Jadi saya nak tanya pendapat kamu, boleh tak awak saya tugaskan untuk kesana selama dua minggu untuk menguruskan kewangan syarikat disana..”tanya Datuk.
“Dua minggu?”tanyaku dengan senyuman yang panjang. Yeay! Yeay! Boleh jenguk Mak Su di sana!
“Ya... Kalau awak tak keberatan saya nak hantar awak dengan Arish minggu hadapan...”jawab Datuk. Senyumanku perlahan-lahan menghilang apabila mendengar nama Tuan Arish disebut. Bukannya aku tak suka, nanti kalau nak ke mana-mana mesti nak kena berdua.
“Tuan.. Kami tidur di hotel mana?”tanyaku.
“Nanti saya akan beritahu...”jawab Datuk.
“Tuan... Kalau boleh.. tempah satu bilik sajalah ya?”tanyaku.
“Hah?!”terperanjat aku mendengar mereka menjerit begitu.
“Awak ni Aleesya.. Kalau ya pun nak kahwin dengan saya tak usahlah nak berbulan madu cepat sangat... Kita pergilah dekat Australia ke?”sampuk Tuan Arish.
“Ingat dekat Malaysia ni tak ada yang istimewa ke?”perliku.
“Fatieya nak kahwin dengan Rish?”tanya Datuk.
“Bukanlah Tuan.. Di Pulau Pinang... Ada Mak Su saya tinggal di sana.. Alang-alang dah sampai sana... Saya menginap dirumah mak su saya sajalah..”jawabku. Tuan Arish sudah tergelak riang.
“Oh.. Ingatkan nak kahwin tadi.. terkejut juga saya dengar.. Berita gembira tak dikongsikan bersama... Baiklah...”Datuk Rizqin berlalu dengan senyuman yang panjang.
“Tuan ni.. Kalau tak menyakat Datuk sehari tak sah...”tegurku lembut.
“Tiru ayat saya nampak...”perli Tuan Arish.
“So.. May I continue my work now?”tanyaku.
“Oh.. Can.. Can... hahahaha!”jawab Tuan Arish sambil ketawa.
Aku menyambung kembali kerjaku setelah berlalunya gangguan mental daripada Tuan Arish dan Datuk Rizqin. Aku hanya meneliti fail yang akan aku serahkan kepada Tuan Arish besok. Bosannya! Bila kerja sudah habis baru terasa bosan. Bosan menggila ni! Manalah Si Ally... Masa aku bosan tak pula dia timbul, masa aku sibuk tak pula dia muncul.
Tuk! Tuk! Tuk!
“Masuk!”aku mengangkat muka dan melihat siapa yang berada di sebalik pintu pejabat bilikku itu.
“Sibuk ke?”tanya Ally.
“Taklah.. Masuklah.. Panjang umur kau.. Aku baru teringat dekat kau. Lagipun aku cuma semak fail ni je... Ada apa jumpa aku ni?”tanyaku yang melihat Ally duduk di hadapan aku.
“Tak ada apa-apa.. Tadi aku dengar riuh dalam bilik kau.. Apa yang mereka gelakkan dalam bilik kau tadi?”tanya Ally dengan perasaan ingin tahu.
“Wah! Kalah CNN... Aku baru nak hantar berita ni dekat surat khabar sudah ada yang tahu?”perliku dengan senyuman.
“Kut ya pun nak sindir aku, tunggula aku keluar bilik ni.. Apa hal tadi?”tanya Ally.
“Tak adalah, Datuk nak hantar aku pergi Pulau Pinang dengan Tuan Arish sebab ada krisis syarikat disana... Itu je..”jawabku dengan selamba.
“Takkan itu saja.. Punya riuh korang ketawa , takkan itu saja ceritanya...”curiga Ally.
“Itu ajalah... Nak ketawa apa bendanya... Ally kau tak ada kerja ke sekarang ini?”tanyaku.
“Ada sikit, kenapa?”tanya Ally.
“Aku bosanlah... Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni... Nak main Facebook.. tapi bosan lagi ada lah...”rungutku.
“Wahai Cik Fatieya Aleesya.. Awak tu akauntan memanglah sekarang tak sibuk. Besok mesti busy gila... Percayalah cakap aku...”usik Ally.
“Mana kau tau ni?”tanyaku.
“Engkau ni tidur ke apa? Aku kan pembantu kau... Apa kau buat esok aku tahulah...”jawab Ally dengan senyuman jahatnya.
“Apa aku nak kena buat esok?”tanyaku.
“Surprise!”
“Surprise? Apa hal kau merepek ni Kiah oi! Aku nak kena buat apa esok? Cakaplah..”marahku.
“Kau kena ikut Tuan Arish jumpa klien, lepas itu ikut si Maria tu pergi makan tengah hari dengan Mr. Rudy, dan macam-macam ada! Hahaha!”usik Ally.
“Hem.. Setakat makan.. Makan memang hobi aku... Tapi kalau ikut Tuan Arish pergi jumpa klien, malaslah aku...”keluhku.
“Wei! Mak Cik! Sedarlah sikit, esok kau kena ikut Tuan Arish jumpa klien sebab ada khidmat kau yang diperlukan... Nanti pergi Pulau Pinang, jangan lupa beli ole-ole untuk aku ye?!”
“Hem.. Aku beli sotong kering je dekat kau boleh?”usikku.
“Sotong kering tak apa jangan seluar sotong sudah... Hahaha!”Ally sudah ketawa terbahak-bahak.
“Cik Ally, suara kau tu kalau ketawa tempat parking pun boleh dengar tau... Coverlah sikit ketawa tu, nanti ada orang nak masuk meminang potong sepuluh ribu baru tahu...”pesanku.
“Ala.. Aku minta empat puluh ribu.. Nanti potong sepuluh ribu tinggal tiga ribu... Nanti jadi beribu-ribu.. hahaha!”Ally ketawa lagi.
“Baik kau balik tempat kausekarang sebelum semuanya jadi abu...”aku mengusiknya lagi.
“Tadi kaujuga kata bosan.. Sekarang aku datang, suruh aku balik tempat aku pula...”rajuk Ally.
“Miss Ally... Tuan Arish tu, bilik dia sekangkang kera je dengan bilik aku, nanti tak pasal-pasal dapat warning letter...”ujarku.
“Iyelah...”Ally mengalah.
Aku hanya tersenyum senang. Mana taknya setiap kali perbalahan yang suka-suka, aku saja yang menang.
Aku hanya termenung panjang. Menunggu masa untuk pulang. Lambat pulak waktu berdetik hari ini. Sekarang baru pukul 4.30 petang. Nak tunggu pukul 5.00 petang, macam tunggu lagi sejam. Huh.... Baju apa aku nak pakai malam ni ye... Majlis makan-makan jekan... Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Hem... pakai baju kurung moden dah la... Tudung nak pakai warna apa ek? Baju warna hijau, tudung mestilah warna hijau jugak kan? Apa-apa sahajalah.. Asalkan dapat menutup aurat. Teringat pula masa sepuluh tahun yang lepas..
“Aleesya.. Awak suka dekat saya tak?”tanya Syafi.
“Suka? Yang macam mana tu?”tanyaku kembali.
“Awak ni... Orang nak romantik sikit pun tak boleh, suka macam cinta?”tanya Syafi dengan nada malu-malu. Meluat juga kalau tengok...
“Cinta? Dalam zaman remaja saya sekarang ini, tak ada perkataan cinta, yang ada hanya belajar, belajar dan belajar...”jawabku seperti gaya mak-mak.
“Awak ni buat saya malu la....”Syafi menolakku dengan jari telunjuknya. Aku hampir tercium batu akibat tolakkannya itu. Kemudian aku bangun dan memperbetulkan kedudukan aku di sebelahnya.
“Syafi.. Awak tu masih belajar, begitu juga dengan saya... Soal cinta ni, kena tolak sebelah dulu..”aku mengikuti gaya Syafi bercakap tadi. Syafi ini lembut orangnya.
“Ala... Saya pun nak bercinta macam orang lain juga...”rajuk Syafi.
“Pergilah cari orang lain...”selorohku.
“Tapi saya nak bercinta dengan awak....”Syafi berkata.
“Hem... Macam mana ek... Kalau awak nak bercinta dengan saya, awak kena kahwin dulu dengan saya lepas itu nanti kita nak makan apa?”tanyaku kepada Syafi yang lurus bendul sedikit. Cermin matanya ditanggalkan.
“Kena kahwin dulu ke?”tanya Syafi.
“Iyelah... Kalau tak macam mana nak bercinta... Awak dah khatam Al-Quran belum?”tanyaku dengan senyuman.
“Hehehe... Dah... Alah.. Leceh la... Nak kena kahwin dulu...”Syafi memuncungkan bibirnya.
“Syafi... Sekarang ini kita masih belajar lagi, mana boleh nak bercintan-cintun... Saya nak tumpukan perhatian saya kepada pelajaran saya begitu juga dengan awak... nanti kalau awak sudah berjaya, datanglah jumpa saya... Okey?”tanyaku.
“Okey... Setuju...”janji Syafi.
Hanya itulah yang aku ingat memoriku dengan Syafi. Agak-agaknya di mana Syafi sekarang ini...
x de maksud pape yg trsirat lagi tersurat... email pn x de tau...
ReplyDelete